Thursday, 1 November 2012

Kemusnahan hutan sama ada secara semula jadi ataupun untuk tujuan komersial menjadi antara punca utama kepupusan haiwan.

KITA sering diberi pilihan sama ada kita mahu mengekalkan flora (tumbuh-tumbuhan) dan fauna (hidupan binatang) ataupun tidak langsung menikmati penambahan kemudahan infrastruktur.
Bagi kebanyakan kita mengalah kepada tuntutan pemodenan dan kemajuan. Kita korbankan flora dan fauna di sekeliling kita bagi memberi laluan kepada pembangunan.
Implikasinya seperti yang kita lihat sekarang, banyak spesies-spesies flora dan fauna yang semakin diancam kepupusan.
Selain itu, ancaman terhadap spesies-spesies flora dan fauna ini juga sebenarnya turut menjejaskan kitaran ekologi secara keseluruhan kerana kedua-dua unsur itu dan juga manusia sendiri adalah sebahagian daripada elemen yang perlu ada untuk mewujudkan keseimbangan semula jadi.
Jika kita kaji secara mendalam, punca masalah kemusnahan flora dan fauna ini adalah manusia sendiri.
Di bawah dikemukakan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini dengan tumpuan kepada masalah pemusnahan fauna.

Kemusnahan dan perubahan habitat

Seperti yang dinyatakan tadi, aktiviti-aktiviti manusia adalah punca utama kepupusan haiwan. Contoh aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan.
Aktiviti-aktiviti ini akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam sesuatu jangka masa tertentu.
Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup.
Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan.
Kematian dan pengurangan bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini.

Pembakaran hutan

Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah.
Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya.

Pemburu haram

Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan negara ini juga adalah faktor kemusnahan habitat dan spesies haiwan.
Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di negara ini.
Sukarnya menyeludup haiwan ini daripada dihidu oleh pihak berkuasa menyebabkan haiwan-haiwan ini sering disembunyikan dalam keadaan yang amat menyedihkan.
Menurut kajian yang pernah dilakukan, daripada 10 haiwan yang diseludup, biasanya hanya seekor sahaja yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan selamat.
Hal ini menyebabkan nilai haiwan tersebut sangat tinggi dan ini menggalakkan lagi pemburuan haram.
Menyedihkan juga kerana haiwan-haiwan daripada golongan primat seperti monyet dijual kepada institusi-institusi tertentu untuk tujuan penyelidikan.
Dianggarkan hampir 200,000 primat digunakan setiap tahun untuk tujuan penyelidikan sehingga menyebabkan beberapa jenis primat hampir pupus kini.

Keperluan barangan berasaskan haiwan

Gaya hidup manusia turut menjurus kepada kemusnahan haiwan. Semua sedia maklum, walaupun pelbagai undang-undang dan peraturan diperkenalkan, masalah memburu binatang untuk mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian badan binatang yang dikatakan memberi kekuatan pada manusia terus berleluasa.
Harimau, memerang, paus, badak, dan gajah adalah antara binatang yang diburu untuk tujuan tersebut
Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.
Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.
Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

Pencemaran

Pencemaran yang teruk menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan, terutamanya hidupan laut.
Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer wale) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut.
Beruang Panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.

Perubahan suhu dunia

Faktor ini mungkin satu-satunya punca yang tidak boleh dikaitkan dengan aktiviti manusia.
Fenomena El-Nino umpamanya menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas.
Faktor ini akan menyebabkan kepupusan hidupan ini.

Tuesday, 30 October 2012

KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA
DEFINISI Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Manakala Fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah. KESIMPULAN Kepupusan flora dan fauna ialah kemusnahan dan kepupusan tumbuh – tumbuhan dan haiwan semulajadi. PENDAHULUAN Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh – tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan. Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahah air. Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini kita lihat bagaimana orkid hutan yang cantik telah dilapurkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebebkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan kian menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti penyu dilautan juga kian terancam, menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu melalui kajian mereka menunjukan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali speisi penyu ini. FAKTOR – FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN Masalah pembalakan haram .
    • Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan diantara 1986 hingga jun 1990 , 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja.
    • Pembalakan haram juga menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal.
    • Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara.
    • Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatnag-binatang yang hidup dikawasan itu dan lari dan mati.

Pembakaran Hutan
  • Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera. Ia akan menyebabkan spesis-spesis yang terancam yang ada dikawasan tersebut akan musnah

Pembukaan Tanah Baru
  • Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah – tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesis tumbuh – tumbuhan

Pemburu Haram
  • Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini.
  • Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.
  • Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintanag ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.
  • Harimau Malaya meruapa satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

Peningkatan Suhu Dunia
  • Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna.
  • Faktor perubahan iklim ini bukalah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejaran seperti ‘dinasaour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.
  • Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatna suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah speisi haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.

Pencemaran
  • Seperti mana kita maklumi bahawa keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faaktor ini yang menyebabakan banyak hidupan akuatik kian pupus.
  • Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh (killer weil) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak dilaut dan kegitan manusia yang suka mengotorkan laut.
  • Beruang panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
  • Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan.
  • Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan. ( Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan
  • Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi.
  • Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram.,( membalak di kawasan perlindungan hutan – TAMAN NEGARA ) pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid .
  • * Masalah pembalakan haram – Laporan Trade Records of Fauna and Flora menyebut di antara tahun 1986 dan Jun 1990 –500.000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kelulusan jumlah kawasan yang dibenarkan hanya 320.000 hekter.
  • Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.JumlahBancian penyu mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada tahun 1996 sebanyak 5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994.
  • Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh Malaysia )
  • Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan
  • Akta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974
  • Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000
  • Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986
  • Peraduan menulis esei ,puisi dan kempen-kempen (Cintailah Sungai kita )

Assalamualaikum..
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi blog saya..